APA ITU BLOG?
Blog adalah singkatan daripada 'weblog' (weblog). Blog boleh dikategorikan sebagai sebuah laman web namun sedikit berbeza kerana ia lebih bersifat dinamik iaitu mudah berubah dan sering memaparkan maklumat baru pada setiap masa. Sama seperti sebuah buku diari, tetapi blog merupakan sebuah jurnal dalam talian yang memaparkan susunan 'kronologi secara terbalik' akan dijelaskan dibahagian bawah.
APA TUJUAN BLOG?
Pada awalnya blog ini digunakan untuk berkongsi mengenai subjek individu seperti sebuah diari atau kisah-kisah yang berkaitan dengan kehidupan seharian seseorang. Bagaimanapun ia mengikut arus peredaran masa kini, teknologi yang semakin berkembang pesat telah mempelbagaikan tujuan blog. Blog ini boleh digunakan untuk pelbagai perkara contohnya :
- Perihal Peribadi atau Diari
- Perkongsian Informasi dan Maklumat
- Penyampaian Berita dan Isu Semasa
- Ilmu dan Pembelajaran
- Perniagaan dan Pengiklanan
- Industri Muzik dan Hiburan
- Permainan Video (Games)
- Audio (Mp3) dan Video
- Software dan Aplikasi Telefon Pintar
- Kisah-Kisah Tauladan, Seram, Lawak, dan Lain-Lain.
Sebagai contoh laman blog http://cari-idea.blogspot.com. Sebagai pemilik blog anda bebas menentukan apa sahaja tujuan yang diinginkan, penggunaan blog kini amat meluas dan tidak terhad kepada sesuatu perkara.
PERBEZAAN BLOG DAN LAMAN WEB?
Majoriti orang masih tertanya-tanya sama ada terdapat perbezaan antara blog dan laman web. Apakah itu blog dan apakah itu laman web? Persoalan ini sebenarnya sukar untuk dijelaskan pada dunia hari ini kerana banyak pemilik laman web kini mengintegrasikan fungsi blog ke laman web mereka.
Apa yang membezakan blog dan laman web? Seperti yang telah dinyatakan diatas blog lebih bersifat dinamik kerana memerlukan kemaskini yang kerap dengan menyiarkan catatan (artikel) baru sekurang-kurangnya sebulan sekali. Berbeza dengan laman web biasa yang hanya memaparkan maklumat dihalaman statik dan kebiasaannya maklumat yang disiarkan agak terhad. Pemilik laman web jarang mengemaskini halaman mereka.
Kandungan pada blog disusun mengikut kronologi secara terbalik bermaksud artikel yang dipaparkan dihalaman paling hadapan jika dibaca ia merupakan maklumat paling terkini dan terbaru namun sebenarnya halaman paling hadapan sekali adalah mukasurat paling akhir jika ia sebuah buku cerita. Sekiranya anda ingin membaca permulaan sesebuah blog, anda perlu membuka halaman paling akhir yang merupakan halaman pertama sesebuah blog.

Unsur dinamik pada sesebuah blog juga dapat dipastikan melalui masa dan tarikh penerbitan (posting), iaitu pada masa bila artikel tersebut mula disiarkan. Selain itu rekabentuk blog juga sangat mudah diubah seperti font, warna, susunan widget dan beberapa fungsi lain yang tersedia. Berbeza dengan laman web yang memerlukan software dan kemahiran (coding) tertentu untuk tujuan kemaskini.
APA ITU BLOGGER DAN BLOGGING?
Blogger adalah merujuk kepada pemilik atau penulis bagi sesebuah blog. Blog boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja sama ada secara individu, berkumpulan mahupun organisasi. Kebiasaannya blog ini dimiliki oleh seorang individu sahaja.
Manakala blogging pula adalah sebuah pekerjaan atau perbuatan dalam mengendali dan mengawal sesebuah blog seperti proses penulisan, posting, linking, sharing dan sebagainya agar artikel yang disiarkan dapat disampai dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung blog mereka.