NAMA:Syafiq Ikmal Bin Roslan
NAMA PENSYARAH:Lect.Vijayaletchumi
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.
2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah:
2.1 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
2.2 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
2.3 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
2.4 Memupuk didplin kendiri pelajara.
2.5 Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
2.6 Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
2.7 Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
2.8 Meningkatkan daya ingatan pelajar.
2.9 Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
2.10 Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
2.11 Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
2.12 Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.

1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.
- Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
- Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
- Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG.
- Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
- Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
- Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
- Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan.
- Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan.
- Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
- Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
- pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
- Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.
- Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
- Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.
- Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.
1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri (self regulated learning)
- Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).
- Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.
- pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.