Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER

7.1 PERISIAN UTILITI
  • Perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.
  • Perisian komputer adalah program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan untuk komputer berfungsi).
(a) Disk Scanner


Scanner_Pro: Scan Multiple Disks
  • adalah perisian yang terdapat dalam komputer.
  • digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah fizikal dan logikal pada cakera padat dan disket, meningkatkan prestasi sistem dengan membuang fail yang tidak diperlukan.
(b) Disk Defragmeter


Image result for disk defragmenter
  • adalah perisian dalam Microsoft Windows yang direka untuk membantu meningkatkan kelajuan komputer dengan menyusun atur fail ke lokasi yang sesuai dalam disk.
(c) Virus Scanner
  • digunakan untuk melindungi komputer daripada serangan virus.
  • Contoh : McAfee, Bitdefender, Kapersky


(d) File Compression
  • digunakan untuk mengabungkan fail yang banyaak dalam zip fail yang kecil.
  • Tujuan : dapat menghantar fail yang banyak dan besar dalam zip fail yang telah dipadatkan menjadi kecil.

(e) File Converter


Image result for file converter
  • digunakan untuk menukar fail media dari satu format kepada format yang lain.
  • bermaksud mengambil image pada skrin komputer untuk kegunaan tertentu.
(g) Wireless Networking Tools
  • diperlukan supaya komputer mendapatkan maklumat berkaitan Wi-Fi yang berdekatan.
(h) Online File-Sharing & Storage Tools
  • Dropbox, Skydive dan Google Drive merupakan beberapa alat yang digunakan untuk penyimpanan dan perkongsian fail secara online.
  • Dropbox merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan untuk pengguna individu bagi menyimpan foto, video, dokumen.
  • Google Drive digunakan untuk menyimpan foto, video, dokumen dan fail-fail.
(i) Downloading Tools
Image result for adm software
  • Downloading Tools adalah alat yang digunakan untuk memuat turun maklumat yang diperlukan daripada internet.
(j) Presentation Tools
  • Adalah alat yang digunakan dalam membuat persembahan.
  • Alat pembentangan adalah seperti Slideshare, SlideRocket, Prezi, Google Presentation dan AuthorSTREAM.

  • merupakan alat yang digunakan untuk menyalin data atau fail daripada komputer ke CD/DVD/HD-DVD/Blu-Ray.
7.2 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
  • Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan.
  • digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen.
  • Contohnya : MS Word.
MS Word :
  • digunakan untuk menaip teks, menyunting, menyediakan jadual, melukis grafik, memasukkan foto, memilih tema, carta, word art dan beberapa kemudahan yang digunakan untuk menghasilkan penulisan yang menarik.
  • membantu memudahkan pengguna untuk menghasilkan dokumen yang memerlukan tambahan maklumat dengan cepat.
  • mempunyai kemudahan mencetak mengikut keperluan.
7.3 PERISIAN HAMPARAN KERJA
  • Perisian hamparan kerja adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik.
  • digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah.
  • Contoh : MS Excel


7.4 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
  • Perisian yang digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik yang diingini.
  • Bahan persembahan dapat dihasilkan menggunakan blank presentation, design template dan from autocontent wizard.
  • Contoh : MS PowerPoint.

7.5 PERISIAN PANGKALAN DATA
  • Perisian pangkalan data yang biasa digunakan ialah MS Access.
  • Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektrik.
  • berasal dari gabungan perkataan "web log" yang dicantumkan dan diringkaskan sebutannya menjadi blog.
  • blog adalah catatan maklumat yang disebarkan oleh orang perseorangan mengikut kronologi masa.
Contoh paparan muka depan blogspot


Bab 10 : Penyesuaian Sosial

Bab 10 : Penyesuaian Sosial

Penyesuaian Sosial


  • Penyesuaian ialah proses adaptasi.
  • Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
  • Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
  • Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
Image result for interpersonal image
  • Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
  • Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.
  • Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
  • Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.
  • Kemahiran interpersonal memerlukan seseorang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi supaya boleh berinteraksi dengan baik dalam sesuatu komuniti.
  • Kemahiran komunikasi secara lisan, tulisan, dan bukan lisan juga penting dalam kemahiran interpersonal.
10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL

Image result for intrapersonal image


  • Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
Kepentingan Meningkatkan Kemahiran Intrapersonal:
  • meningkatkan keyakinan diri
  • mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
  • meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi 
  • mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
  • meningkatkan pencapaian akademik
  • meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.
10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
  • Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
  • Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
  • Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
  10.4.1 BLOG

  • Penggunaan blog dapat membantu penulis blog berkongsi maklumat.
  • Perbincangan dapat dilakukan dengan penulis blog berkaitan dengan isu yang dipersembahkan dalam penulisannya.
  • Dapat dikemaskini dengan mudah dari mana-mana tempat tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan lain-lain lagi. 
  10.4.2 FACEBOOK
  • Platform Fecebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian social Facebook.
  • Dapat membina komuniti pembelajaran
  • Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa
  • Meningkatkan interaksi guru dan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web
  • Pelajar dapat menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas dan peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet. 
  10.4.3 FLICKR
  • Suatu laman web perkongsian gambar yang dapat digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar tersebut.
  10.4.4 SKYPE
  • Adalah suatu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma.
  • Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana seseorang berada. 
  10.4.5 SLIDESHARE

  • Satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
  • Menonjolkan professional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan.
  • Tujuan : berkongsi idea dan berhubung dengan orang lain.
  10.4.6 TWITTER

  • Penulisan di Twitter ialah cara komunikasi yang kurang berhalangan, perkongsian maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel / pesanan SMS. 
10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
  • Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek biologikal sahaja tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial.
  • Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan, dan situasi di mana mereka berada.
  • Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita
  • Tujuan: membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti. 
Kemahiran Belajar

Kemahiran Belajar



NAMA:Syafiq Ikmal Bin Roslan
NAMA PENSYARAH:Lect.Vijayaletchumi

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.

2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar. Antaranya ialah:

2.1 Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
2.2 Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya           intelek sepanjang hayat.
2.3 Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
2.4 Memupuk didplin kendiri pelajara.
2.5 Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
2.6 Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
2.7 Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
2.8 Meningkatkan daya ingatan pelajar.
2.9 Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
2.10 Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber                     media.
2.11 Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
2.12 Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.


1.2 Persekitaran Pembelajaran Di Institut Pendidikan Guru (IPG)
  1. Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.
  2. Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
  3. Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
  4. Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG.
  5. Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
  6. Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
  7. Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
  8. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. 
  9. Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. 
  10. Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
  11. Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
  12. pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
  13. Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.
  14. Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
  15. Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.
  16. Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.

1.3 Pembelajaran Regulasi Kendiri (self regulated learning)
  1. Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).
  2. Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.
  3. pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.